Satu soalan yang perlu kita beri perhatian adalah, “adakah anda akan mengecapi kejayaan jika sekiranya anda tidak berusaha kearah kejayaan?” Jadi ini bermaksud apabila anda mengusahakan kejayaan, sudah semestinya anda akan memperolehi kejayaan tersebut walaupun terpaksa menempuhi beberapa rintangan, kegagalan sementara sebelum itu.
Adakalanya kita tak sedar yang kita sedang mengusahakan kegagalan. Ini adalah keran
a kita tidak yakin dengan usaha yang dilakukan selama ini. Mengapa kita tidak yakin? Puncanya adalah kerana kita tidak melihat kejayaan-kejayaan kecil yang kita telah capai. Kejayaan-kejayaan kecil inilah yang akan memotivasikan kita untuk mencapai kejayaan-kejayaan yang lebih besar sehinggalah apa yang kita hajati tercapai Sebarang perubahan atau pertambahan kecil yang dicapai,ini menunujukkan tanda-tanda kejayaan. Kejayaan-kejayaan kecil haruslah diambil perhatian sewajarnya kerana ini akan menambahkan lagi keyakinan terhadap apa yang anda sedang usahakan.
Tetapkan di dalam hati bahawa apapun rintangan dan halangan yang akan ditempuhi, anda tetap yakin kejayaan akan muncul di dalam hidup anda kerana kejayaan-kejayaan kecil yang telah dicapai. Alangkah ruginya sekiranya anda menyerah kalah sekiranya anda tidak mampu untuk menghadapi rintangan dan halangan setelah melihat kejayaan kecil yang anda telah dicapai. Teruskan fokus anda untuk melihat kejayaan yang lebih besar di hadapan anda.
“Seinci tindakan adalah lebih baik dari sebatu teori.”
-Friedrich Engles
Thursday, February 4, 2010
Tuesday, February 2, 2010
MEMBUAT BANYAK PERKARA DALAM SATU MASA
Memang tabiat semulajadi manusia untuk menunjukkan kehebatan atau tamak dalam melakukan semua perkara dalam satu masa. Hakikatnya kemampuan manusia itu ada had dan batasannya. Kalau semua perkara hendak dibuat, yang pasti akan ada yang tak terbuat. Jangan jadi seperti bidalan, “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.” Maka marilah kita mengamalkan sikap buat sesuatu perkara itu sampai siap. “Selesaikan satu tugasan yang telah dimulakan.” Dengan menyelesaikan setiap tugasan akan dapat menambahkan keyakinan diri dan dalam masa yang sama imej diri anda akan meningkat.
Fokus anda akan hilang sekiranya melakukan banyak tugasan dalam satu masa. Ingatlah bahawa niat dan tujuan anda adalah amat penting sekali. Tujuan anda adalah untuk mencipta kejayaan, bukannya sibuk untuk mencari nama.Nama anda akan seiring dengan kejayaan yang anda telah kecapi. Yakinlah bahawa dengan kejayaan yang anda kecapi, yang lain akan datang dengan sendirinya.
“Kehebatan sebenar ialah bila anda boleh melakukan apa yang orang kata anda tidak boleh.”
-Walter Bagehot

Friday, January 29, 2010
KEJAYAAN TULIN PERLUKAN UJIAN UNTUK MEGUJI TAHAP KESABARAN
“Gagal” sebenarnya tidak wujud, ianya hanyalah istilah perkataan sahaja. Kegagalan hanyalah satu peristiwa sebelum kejayaan berlaku. Kegagalan sebenar adalah apabila anda tidak melakukan sesuatu perkara yang hendak anda lakukan ataupun anda berhenti melakukan perkara yang anda telah berniat hendak lakukan.
Katakan anda telah berniat untuk melakukan sebuah perniagaan kedai runcit, semangat anda berkobar-kobar untuk memulakannya tetapi oleh sebab seorang rakan karib anda memberitahu bahawa betapa sukarnya untuk memulakan sesuatu perniagaan dan memberi anda nasihat supaya melupakan sahaja hasrat anda tiba-tiba sahaja semangat anda terus terhenti.
Sebenarnya apa yang berlaku ini adalah anda telah gagal dek kerana ‘nasihat’ rakan karib anda tadi.Saat anda berniat dan percaya yang anda boleh lakukan adalah satu realiti masa hadapan telah tersedia untuk anda. Namun harus diingat bahawa Allah SWT menyediakan sedikit cabaran kepada hambanya sebagai ujian kesabaran anda. Kesabaran itu adalah sebagai kayu pengukur terhadap keimanan anda. Rasullallah SAW bersabda “Sabar itu separuh daripada iman”.
Jangan sesekali menganggap ujian Allah SWT sebagai batu penghalang yang sengaja dicipta oleh Allah untuk menggagalkan usaha murni anda.Harus diingat bahawa ujian yang diturunkan itu adalah sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan dengan membuat pemeriksaan semula ke atas sebarang kekurangan diri. Ujian ini akan memantapkan lagi diri anda untuk mencapai kejayaan yang diimpikan sebenarnya.
Ingatlah bahawa matlamat anda tidak boleh tercapai bagaikan sakti……..yang tiba-tiba terpacul di depan mata. Kehidupan di dunia ini tertakluk kepada Qada dan Qadar. Seterusnya jika anda menjadi hamba yang sentiasa bersyukur di atas setiap apa yang anda ada, maka lebih mudahlah anda mendapat petunjuk ke atas menjayakan matlamat anda.
“Nothing is imposible, because imposible is nothing.”

Thursday, January 28, 2010
KEGAGALAN ITU TIDAK KEKAL
Tidak ada sesuatu pun yang kekal di atas muka bumi ini. Kegagalan juga tidak kekal. Selagi anda berusaha untuk berubah dari kegagalan kepada kejayaan,maka kegagalan akan tidak tahan lama. Anda harus berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai kejayaan yang anda inginkan. Jika kejayaan yang anda ingin capai maka anda haruslah melakukan aktiviti yang menjurus kepada kejayaan. Hidup ini adil, semakin banyak usaha anda, maka semakin dekatlah anda meraih kejayaan yang ingin dicapai. Sekiranya tiada usaha yang anda lakukan maka tiadalah kejayaan yang anda impikan.
Kegagalan sebenarnya tak perlu ditakuti kerana ia adalah suatu yang semulajadi. Ia berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Bagaimana kita mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kegagalan adalah sebenarnya yang akan menentukan kejayaan kita. Haruslah kita tetapkan matlamat yang kegagalan itu tidak kekal, ianya hanya sementara sahaja. Itu hanyalah kegagalan-kegagalan kecil yang akan menjadikan kita lebih fokus kepada kejayaan yang lebih besar. Apakah sebenarnya pilihan kita? Samada untuk meratapi kegagalan yang sementara atau terus menjadikan kegagalan sementara itu sebagai batu loncatan untuk kita lebih BERJAYA.

Wednesday, January 27, 2010
KEGAGALAN SEMENTARA
Setiap dari kita akan mengalami kegagalan dalam hidup samada kita sedar atau tidak. Memang benar bahawa kegagalan itu sebenarnya adalah pelajaran yang paling berguna sekali dalam hidup kita. Dengan “GAGAL”, kita akan lebih berhati-hati dan lebih fokus terhadap langkah-langkah yang perlu kita ambil dalam mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup ini.
Ketahuilah bahawa di seluruh dunia, setiap hari ramai orang akan mengalami rasa kecewa, putus asa dan kegagalan. Tanyalah pada diri anda adakah kegagalan itu kekal selamanya atau sementara sahaja?.Sekiranya jawaban anda “kekal” maka ia akan menjadi kekal dalam kotak fikiran anda. Tetapi andai anda menganggap ia hanyalah kegagalan yang sementara, maka anda akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencapai kejayaan yang anda impikan.
Peluang anda untuk bangun semula selepas melalui kegagalan yang sementara amat luas. Anda perlu fokuskan tanggapan minda anda kerana ini akan memprogramkan minda kearah mencapai kejayaan yang terbentang luas dihadapan. Tanggapan adalah salah satu cara untuk memprogramkan minda anda. Seluruh kehidupan anda bergantung kepada tanggapan anda. Sekiranya anda fokuskan tanggapan untuk mencapai kejayaan maka anda bergerak untuk mengusahakan kejayaan. Anda perlu yakin dan percaya bahawa semakin kuat tanggapan, harapan dan fokus anda, semakin besarlah peluang anda untuk mencapai kejayaan yang anda hajati.

Tuesday, January 26, 2010
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURUS
PERLUNYA UNTUK MENGURUS
Mengurus memerlukan usaha yang berterusan dan masa untuk mencapainya. Membiarkan sesuatu yang berlaku nampak mudah tetapi pada hakikatnya ia adalah tidak semudah seperti yang disangka sekiranya jika kita tidak pasti apa yang terbabit dalam menguruskan sesuatu secara efektif. Pemahaman secara efektif dalam mengambil langkah-langkah yang berguna amat perlu dalam kita menguruskan sesuatu.
TIDAK TAHU MATLAMAT ANDA
Keperluan mengurus akan menjadi lebih mudah sekiranya anda tahu apa yang anda mahu capai. Malangnya, ianya tidak selalu dapat dicapai kerana kurangnya perhatian terhadap apakah matlamat anda? Maknanya anda tidak tahu apakah matlamat anda dan adakah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya? Sekiranya matlamat anda masih kabur, anda selalunya akan hilang arah tujuan. Anda akan melakukan sesuatu mengikut apa yang anda fikir betul dengan mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku. Ini bukanlah satu formula atau resipi yang membolehkan anda mencapai kejayaan secara konsisten.
Kebanyakan orang masih enggan untuk bertanya soalan, “apakah yang mampu mereka capai?” Ini adalah kerana mungkin mereka menganggap bahawa dengan bertanya soalan seperti ini akan menunjukkan kelemahan diri mereka atau lebih teruk lagi kebodohan mereka. Tetapi sekiranya anda tidak memahami apakah matlamat anda, bagaimana pula dengan orang lain. Anda seharusnya tidak perlu takut untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat anda. Sekiranya matlamat anda jelas, ini akan memudahkan anda untuk melakukan sesuatu mengikut garis panduan yang betul.
TIADA KERJASAMA
Ramai orang berfikir bahawa mengurus adalah dengan memberi arahan kepada orang bawahan tanpa memikirkan apakah arahan kita benar-benar mencapai matlamat sebenarnya seperti apa yang kita inginkan. Kebanyakan orang akan membuat sesuatu mengikut seperti apa yang telah diarahkan tetapi mereka kadangkala tidak membuat kerja itu seperti yang telah ditetapkan. Sikap adalah sesuatu yag amat susah untuk kita mengendalikannya kerana manusia itu terdiri dari berbagai ragam. Amat susah untuk kita mengendalikan sikap-sikap mereka itu. Oleh itu langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengenalpasti adakah arahan itu tercapai, kita perlulah bekomunikasi secara jelas dan nyata tentang objektif kita, mengambil berat tentang kerja-kerja yang telah diberi serta berbincang dengan mereka tentang masalah yang timbul dari kerja-kerja tadi.Ini Kerjasama yang terjalin akan memberikan kerja yang berkualiti serta mencapai standard yang telah ditetapkan.

Wednesday, January 20, 2010
"Ketahui Cara Bagaimana Anda Boleh Menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan 3 Strategi yang dijamin Paling Berkesan!!!”
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Saya ada satu cerita nak diceritakan kepada anda.
Di suatu tengah hari dalam sebuah bas...
Pelancong: “Hi, could you please tell me how to go to National
Monumen?”
Pelajar nakal 1: “Wei National Monumen tu benda apa?”
Pelajar nakal 2: “Dia nak gi umah Mak Cik Maimun kot.”
Pelajar nakal 1: "Hish takkan lah dia datang jauh-jauh nak cari rumah
Mak Cik Maimun. Ok you go straight.. don’t belok-belok.
Don’t belok-belok! Straighttt jer... Ok?”
Pelancong: (Bingung)
Pelajar contoh: "Miss, I can help you, if you wanna go to National
Monumen, you go straight and you'll find a sign board. Then follow the
sign board".
Pelancong: “Thank you very much.”
Pelajar contoh: “Tu lah, orang suruh belajar tak nak belajar.
National Monument tu Tugu Negara la.. Nah baca NST selalu. Senang dapat
kerja.” Mungkin anda pernah tengok iklan ini di kaca TV. Ya, iklan ini menggambarkan betapa sebahagian besar masyarakat Malaysia masih lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Bagaimana pula dengan anda? Apakah situasi anda sama dengan pelajar nakal di atas? Maksud saya anda masih lagi tersekat-sekat dan teragak-agak untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun anda seorang pelajar universiti. Rentetan daripada ini juga anda sukar untuk memperoleh pekerjaan setelah menamatkan pengajian kerana masalah komunikasi Bahasa Inggeris.Jika jawapan anda ‘Ya’ tidak mengapa. Jangan berdukacitadan gundah gulana. Sahabat saya saudara Hafiz Lidin kini baru sahaja melancarkan ebook beliau yang bertajuk Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris. Saya beritahu anda, ebook ini lain daripada yang lain. Ia mendedahkan kepada anda strategi yang anda perlu ada untuk menguasai bahasa inggeris. Di samping itu, teknik untuk bercakap Bahasa Inggeris dengan lancar juga diterangkan dengan panjang lebar dalam ebook ini. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik di sini

Subscribe to:
Posts (Atom)